Kemaskini Terakhir: 22 / 08 /2025
Selamat datang ke laman web rasmi Betarine Official Store. Dengan mengakses laman ini dan membuat pembelian, anda dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Terma & Syarat berikut.
Laman ini hanya boleh digunakan untuk tujuan yang sah dan tidak melanggar undang-undang.
Anda tidak dibenarkan menggunakan kandungan di laman ini untuk tujuan pengedaran semula tanpa kebenaran bertulis daripada kami.
Kami berusaha untuk memastikan semua maklumat produk, termasuk harga, stok, dan penerangan adalah tepat. Namun, terdapat kemungkinan berlaku kesilapan teknikal atau tipografi.
Dengan membuat pesanan, anda mengesahkan bahawa maklumat yang diberikan (nama, alamat, nombor telefon) adalah tepat dan benar.
Semua pesanan tertakluk kepada ketersediaan stok.
Semua pembayaran diproses melalui penyedia pembayaran yang selamat (contoh: FPX, kad debit/kredit, e-wallet).
Kami tidak menyimpan butiran kad anda.
Pesanan akan diproses dalam 1–3 hari bekerja selepas pembayaran diterima.
Masa penghantaran bergantung kepada lokasi dan perkhidmatan kurier.
Sebarang kelewatan akibat pihak kurier adalah di luar kawalan kami.
Tempoh penghantaran semenanjung Malaysia 1-3 hari bekerja.
Kami berusaha memastikan anda berpuas hati dengan setiap pembelian. Namun, sekiranya terdapat isu, polisi berikut terpakai:
Tiada pemulangan atau refund untuk produk yang telah dibuka/digunakan atas faktor kesihatan & kebersihan.
Refund hanya dipertimbangkan jika:
Produk rosak semasa penghantaran.
Produk yang diterima tidak sama seperti yang dipesan.
Khas untuk Pakej Supersaver. Jika produk ni tidak membantu dalam masa 60 hari.
Permintaan refund mesti dibuat dalam tempoh 7 hari selepas barang diterima dengan bukti bergambar.
Semua kos penghantaran semula ditanggung oleh pembeli, kecuali jika kesalahan berpunca daripada pihak kami.
Proses refund akan dibuat dalam tempoh 7–14 hari bekerja selepas pengesahan.
Produk yang dijual adalah makanan tambahan, bukan ubat. Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Hasil penggunaan mungkin berbeza mengikut individu.
Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan sebelum mengambil produk jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan.
Kami berhak untuk mengubah, menambah atau meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
👉 Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan polisi ini, sila hubungi kami melalui halaman Contact Us.